Platform e-Bazar Ramadan Miri secara percuma – ONYLEX
icon-search
icon-search

Platform e-Bazar Ramadan Miri secara percuma

BMM lancar platform e-Bazar Ramadan Miri secara percuma.

Miri: Peniaga dan orang ramai berpeluang menyertai e-Bazar Ramadan Miri secara percuma menerusi platform beli belah dalam talian dilancarkan di Miri sejak minggu lalu.

Platform  menerusi laman sesawang www.onylex.com itu dilengkapi dengan ciri-ciri  menarik dan mesra pengguna membolehkan pelanggan membuat pilihan juadah Ramadan secara dalam talian.

Pengendali projek Mohd Rizal Abdullah berkata, platform itu dilancarkan bagi membantu orang ramai terutama peniaga kecil yang terjejas akibat pandemik Covid-19 mengakibatkan bazar ramadan terpaksa dibatalkan.

Menurutnya, terdapat dua pakej pendaftaran yang ditawarkan iaitu pakej A secara percuma dan pakej premium yang dikenakan bayaran RM150 untuk sebulan

"Perbezaan utama antara pakej A dan premium adalah hanya melalui penghantaran makanan peniaga kepada pelanggan.

"Sekiranya peniaga memilih pakej A, mereka masih diberikan kelebihan sama iaitu percuma khidmat pemasaran, khidmat penulisan iklan dan pelbagai lagi, namun, peniaga perlu melakukan penghantaran juadah mereka sendiri kepada pelanggan.

"Manakala, bagi pakej premium peniaga akan dilengkapi 'team rider' yang bertanggungjawab mengambil dan menghantar juadah peniaga kepada pelanggan mesikpun dengan satu pembelian.

Katanya, pakej premium akan membantu meningkatan jualan peniaga kerana pelanggan tidak lagi dikenakan cas penghantaran selain memudahkan peniaga.

"Bayangkan sekiranya ada pelanggan membeli juadah dari tiga peniaga berasingan, maka mereka perlu membayar tiga kali cas penghantaran, kebiasaannya pelanggan akan membatalkan hasrat mereka untuk membeli sekaligus merugikan peniaga," katanya.

Memperincikan platfom itu, Mohd Rizal berkata, platform laman sesawang lebih tersusun dan kemas berbanding laman Facebook dan Whatsapp.

"Tidak salah menggunakan Facebook dan WhatsApp, tetapi, ia kurang tersusun dan pelanggan sukar membuat pilihan.

"Kerajaan negeri Pulau Pinang juga sudah melancarkan platform yang hampir sama seperti ini, justeru, amat merugikan sekiranya rakyat Miri tidak menggunakan platform ini dengan sebaiknya," katanya.

Katanya, peniaga dan orang awam boleh melayari www.onylex.com dan melakukan pendaftaran di sana dan tarikh tutup adalah pada 20 April 2020.

onylex.com adalah laman jual beli secara dalam talian yang turut dikenali sebagai Barang Murah Miri-BMM sejak 2017. BMM menjadi pilihan ramai kerana setiap transaksi dilakukan secara cash on delivery malah tempoh penghantaran juga kurang 24 jam berbanding laman jual beli lain.

Powered by Froala Editor


Your cart is currently empty.
Continue shopping